Assallamualaikum.... wahai blog dan kepada semua yang sudi membaca coretan saya di dalam blog ini.
Lama sudah blog KECHENTAANKU ini terbiar sepi. Kesibukan menguruskan urusan kehidupan seharian menyebabkan saya lama menyepikan diri. Diam tak diam hampir setahun blog ini sepi dari sebarang cerita.
Salah satu penyebab yang membuatkan saya dah lama tak update adalah blog tak boleh nak log in. Banyak kali saya cuba nak log ini tak lepas jadi saya pon dah naik malas dah nak bukak... Tapi hari nie saya terbuka hati nak reset semula password email saya. Dan Alhamdullilah saya berjaya....
Dalam masa setahun menyepi nie terlalu banyak kenangan suka dan duka yang saya dan keluarga lalui...
Antaranya adik bongsu saya yang merupakan satu-satunya adik lelaki tunggal saya kahwin pada bulan Februari, 2013, dalam masa yang sama saya telah bertukar unit lain tetapi masih di dalam jabatan yang sama.
Percutian-percutian saya sekeluarga sepanjang tahun 2012 antaranya ke Grand Lexis PD dan Legoland. Percutian ke Grand Lexis adalah salah satu percutian yang sangat bermakna pada saya dan keluarga kerana pada saya ianya percutian yang saya idam-idamkan untuk mengembirakan hati orang yang tersayang. Saya, suami dan anak-anak betul-betul enjoy walaupun kami hanya menginap 1 hari 1 malam. Cukup bermakna bagi saya yang berpendapatan sederhana kerana bayaran untuk satu bilik/satu malam sudah cukup untuk bayaran ansuran sebulan kete Myvi saya...huhuhu... Tapi demi untuk membahagiakan orang-orang yang saya sayang saya tak kisah. Rezeki dikongsi bersama....
Percutian ke Legoland pun sebenarnya tidak termasuk di dalam wishlist saya untuk tahun 2012. Tapi...itulah yang dinamakan rezeki. Allah berikan dalam pelbagai bentuk. Rezeki saya, suami dan anak-anak. Sebenarnya anak-anak dah lama berzikir nak ke Legoland. Saya cuma mampu katakan pada anak-anak InsyaAllah... bila ibu dan ayah ada rezeki lebih nanti kita pergi ye anak-anak... Alhamdullilah.. kami dapat baucar diskaun dari Shell RM40 bagi satu tiket masuk yang telah disumbangkan oleh jiran saya yang terbaikkkk...(dan dan puji jiran sebab kasi baucar free yekk...tak lah saya ikhlas memuji...Syukur Allah beri saya jiran-jiran dan kawan-kawan yang baik) Terima kasih Kak Za dan Kak Nor. Perancangan awal hanya nak bercuti di Grand Lexis kami sambung terus ke Legoland... Akhirnya dapatlah anak-anak menjejakkan kaki ke Legoland yang diidam-idamkan... Alhamdulillah...
Gambar-gambar banyak ada dalam simpanan. Nanti bila saya dah upload baru kuarkan untuk simpanan saya di dalam blog nie dan untuk tatapan semua teman-teman yang sudi membaca blog saya yang tak seberapa nie..
No comments:
Post a Comment