Selamat Membaca Cerite Kehidupan Yang Saya Lalui

Segala cerite yang terkandung di dalam blog ini hanya sekadar hiburan dan sebagai kenangan untuk saya dan keluarga di masa hadapan...

Monday 15 April 2013

Telenovela Malam Khamis

Selamat Petanggggg....
Hihihi...tengah semangat nie... Petang nie nak cite satu perkara yang agak lucu yang anak bongsu saya dah buat..
Kome nak tau...kejadiannye pada malam khamis minggu lepas. Malam tu selalunya ayah akan hantar Along, kakak dan Kakak Ain (anak jiran) ke tempat tuisyen naik kete. Tapi malam tu kakak keletihan sebab setiap petang dia kena pegi sekolah latihan untuk pertandingan action song. Jadi malam tu kakak tak pegi tuisyen dan Kakak Ain pon cuti jugak. Jadi ayah hantar la Along ke tempat tuisyen naik moto. Budak tecit 2 pun ikut jugak. Bila dia dah balik dari hantar Along saya cakap kat dia siapkan homework adik kalau tak nanti ayah ambik Along balik tuisyen adik tak boleh ikut. Jadi dengan penuh semangat dia pun siapkan homework dia sebab takut kena tinggal...
Nak dijadikan cerita, tepat pukul 9.50pm K.Za mak Kakak Ain call kata dia nak tolong ambikkan Along sebab dia lalu depan kawasan tuisyen tu. Budak tecit nie rupenya dah standby dengan helmet atas kepala. Saya dan ayahnye tak perasan. Bila Along sampai rumah dia pon baru perasan yang ayah tak pegi amik Along...makanya.....terjadilah babak ini....

Tajuk Telenovela : Rajuk Yang Ku Bawa Tidur
Pelakon : Budak Tecit Yang Menajuk (Ayish), Ayah, Ibu, Kakak (yang tido atas sofa) dan Along
Penerbit : Ayah Production

Marilah kita saksikan telenovela tiga episod...kikiki..

Episod 1



Episod 2


Episod 3 (episod kemuncak...kakaka)


Penyudahnye....merajuk yang berpanjang sampai tido bawak helmet... Ini budak memang banyak ragam... Geram je tau ngan akai dia nie....tapi menghiburkan.. Bila ayah nak bukak helmet sebab nak angkat dia masuk bilik boleh dia bantai nangis sebab teringat2 kesakitan kehatian dia tadi...kakaka...anak anak...

SEKIAN

Best tak telenovela nie. mesti meletop letop kat ASTEROK MASTIKA MD kan.... kalah Sehangat Asmara...kiki..

No comments:

Post a Comment